Ahad, 3 Julai 2016

PERLIS FATWAKAN MENCEMARKAN ALAM SEKITAR HARAM



KANGAR: Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa perbuatan mencemarkan alam sekitar dan memberi kesan kemudaratan fizikal secara langsung kepada manusia, haiwan dan tumbuhan adalah haram. Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat ke-20, 

jawatankuasa tersebut pada 18 dan 19 Februari lalu. "Perbuatan mencemarkan alam sekitar yang mengganggu ekosistem alam secara langsung sehingga merosakkan kehidupan alam semesta adalah bercanggah dengan tuntutan agama Islam. "Islam adalah agama yang menyeru umatnya agar memelihara kemaslahatan kehidupan manusia dan alam semesta serta tidak melakukan perkara-perkara yang memudaratkan," katanya dalam sidang media khas di Jabatan Mufti Negeri di sini, hari ini. 
Mohd Asri berkata sebarang maslahah muktabar yang besar seperti ada keutamaan lebih penting dan bermanfaat, apabila memudaratkan manusia dan alam jika tidak dilakukan, maka perbuatan itu diharuskan. Misalnya pembakaran hutan secara besar-besaran pasti memudaratkan kesihatan manusia sehingga mengganggu rutin harian tetapi jika tidak dibakar, ia boleh mendatangkan kesan buruk seperti mengeluarkan gas atau racun yang berbahaya, maka hutan itu boleh dibakar, katanya. Selain itu, Mohd Asri menggesa umat Islam agar tidak terikat dengan fahaman yang mementingkan perbuatan soleh dalam mengamalkan ajaran Islam tetapi melihatnya dalam konteks yang lebih luas.

 "Ramai faham dan sedar tidak solat, puasa atau menutup aurat adalah berdosa, tetapi masih memandang ringan tentang penjagaan dan pemeliharaan perkara lain seperti menjaga alam sekitar yang diseru oleh Islam," katanya. Mohd Asri berkata, jawatankuasa berkenaan juga memutuskan bahawa penggunaan ruqyah pada sesuatu produk untuk tujuan komersil adalah dilarang sama ada untuk tujuan pelabelan, pengiklanan atau promosi. "Menjual bahan jampian tidak diamalkan oleh Salaf al-Soleh kerana boleh menimbulkan kekeliruan penyalahgunaan kalimah Allah untuk keuntungan duniawi," katanya. Beliau menyarankan produk yang dipromosikan atas nama agama juga harus ditegah untuk mencegah penyelewengan selain tiada jaminan keberkesanan produk terbabit. "Penjualan susu, kismis pintar dan minuman yang dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran yang didakwa boleh menjadikan seseorang itu pintar atau baik akhlak menjadi trend perniagaan selain mengeksploitasi agama. "Islam menyeru umatnya menuntut ilmu, berusaha dan beramal soleh untuk memperoleh kejayaan, bukan dengan minum susu kita boleh jadi cerdik dan pandai tanpa perlu belajar dan usaha," katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/129616

Sabtu, 25 Jun 2016



SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA




Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ini ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597). Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulungnya pula diadakan pada 24 April 2000.

Penyertaan Malaysia yang aktif di dalam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Commission for Human Rights-UNCHR) telah menyebabkan Malaysia juga berusaha menubuhkan sebuah institusi hak asasi manusia pada peringkat nasional pada tahun 1993 hingga 1995. Pada waktu itu, Malaysia dilantik sebagai ahli Suruhanjaya oleh Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Seterusnya pada tahun 1995, Malaysia diberi penghormatan iaitu dilantik sebagai Pengerusi sesi ke-52 UNCHR. Ketua perwakilan pada masa itu adalah Tan Sri Dato’ Musa Hitam.

MENGAPA MALAYSIA MENUBUHKAN SUHAKAM?

 Kerajaan Malaysia telah mempertimbangkan sebab-sebab yang mendorong penubuhan sebuah institusi kebangsaan hak asasi manusia ini. Antara sebab-sebabnya adalah :

1.  Penglibatan Malaysia yang aktif di dalam UNCHR.

2. Perhatian antarabangsa terhadap isu-isu hak asasi manusia natijah daripada kejayaan Persidangan Sedunia berhubung Hak Asasi Manusia pada tahun 1993 di Vienna.


3. Kerajaan-kerajaan yang menyertai UNCHR termasuk Malaysia, bersetuju bahawa hak-hak asasi manusia meliputi rangkuman sejagat dan tidak boleh dipisahkan dan mereka juga meyedari peri pentingnya diwujudkan badan-badan hak asasi manusia di peringkat negara masing-masing.

BEBERAPA FAKTOR YANG MENDORONG CADANGAN INI


1.Terdapat tekanan yang semakin meluas di peringkat antarabangsa terhadap hak asasi manusia dan kesedaran bahawa isu ini melewati sempadan dan kedaulatan sebuah negara.

2. Penglibatan Malaysia dalam sistem Bangsa-bangsa Bersatu.

3. Suasana politik Malaysia yang kian bertukar dengan para pengundinya semakin menyedari perkembangan politik di samping masyarakat awam yang bergerak maju dan bertambah peka tentang politik.

Maka, sebagai ketua perwakilan Malaysia ke UNCHR, Tan Sri Dato’ Musa Hitam mencadangkan buat pertama kalinya kepada kerajaan Malaysia iaitu pada tahun 1994 inilah masanya yang terbaik bagi Malaysia menubuhkan badan hak asasi kebangsaannya sendiri yang bebas.

RANG UNDANG-UNDANG


      Pada 24 April 1999, lima tahun selepas idea itu diajukan, Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar, mengumumkan bahawa Kerajaan akan membentang satu Rang Undang-undang dalam sidang Parlimen pada bulan Julai 1999 bagi menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.

      Rang Undang-undang ini berpandukan kepada Prinsip Paris 1992 yang memperuntukkan kriteria antarabangsa bagi penubuhan sesebuah suruhanjaya hak asasi manusia yang bebas dan juga pengalaman yang ada pada institusi hak asasi manusia yang sudah tertubuh, terutamanya di rantau Asia Pasifik.

PERLANTIKAN

      Pada 3 April 2000, Kerajaan mengumumkan perlantikan pengerusi pertama SUHAKAM iaitu Tan Sri Dato’ Musa bin Hitam dan 12 ahli Suruhanjaya yang akan berkhidmat selama dua tahun dan penggal perkhidmatan mereka boleh dilanjutkan. Pelantikan tersebut dilakukan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

      Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia membenarkan pelantikan sehingga 20 orang ahli, namun begitu keputusan telah dibuat bahawa SUHAKAM akan memulakan tugasnya dengan 13 ahli sahaja pada waktu itu sehinggalah apabila lebih ramai ahli dirasakan perlu. Ahli SUHAKAM dipilih bagi mencerminkan kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan juga berdasarkan pengalaman, iltizam, kebebasan dan kewibawaan individu berkenaan.

PERANAN SUHAKAM


      Peranan SUHAKAM sebagaimana dinyatakan dalam Seksyen 4(1) adalah:

a)      Untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubung hak asasi manusia.

b)      Untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil.

c)      Untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau penyertaan dalam perjanjian dan suratcara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia.

d)     Untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia.

Selain daripada itu, Seksyen 4(4) Akta berkenaan menegaskan bahawa hendaklah diberi perhatian berat kepada Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) 1948 selagi pengisytiharan itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna, apa jua hak dan kebebasan yang tidak disebut dalam Bahagian II tetapi ada dirujuk dalam UDHR mesti dipertimbangkan dengan syarat tidak ada percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan.

      Fungsi menyiasat aduan berhubung dengan pelanggaran hak asasi manusia tertakluk kepada syarat yang dikenakan oleh Seksyen 12 Akta tersebut. Seksyen 12 memberi SUHAKAM kuasa memulakan penyiasatan terhadap tuduhan wujudnya pelanggaran hak asasi, di samping bertindak berasaskan aduan yang dibuat kepadanya. Justeru itu, SUHAKAM tidak boleh menyiasat aduan yang menjadi perkara prosiding yang sedang menunggu keputusan mana-mana mahkamah undang-undang atau yang sudah di putuskan dengan muktamad oleh mahkamah. Penyiasatan mesti dihentikan sekiranya perkara yang sedang disiasat dibawa ke mahkamah.

BIDANG KUASA SUHAKAM


Akta penubuhan telah memberi SUHAKAM kuasa yang membolehkannya menjalankan fungsinya dengan efektif.  Di bawah Seksyen 4(2) dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597, SUHAKAM diberikan kuasa:

a)      Untuk memupuk kesedaran mengenai hak asasi manusia dan untuk mengakujanji mengadakan penyelidikan dengan mengendalikan program, seminar dan bengkel dan untuk menyebarkan dan mengedarkan hasil penyelidikan itu.

b)      Untuk menasihati Kerajaan dan / atau pihak berkuasa yang berkaitan mengenai aduan terhadap pihak berkuasa dan mengesyorkan kepada Kerajaan dan / atau pihak berkuasa itu langkah-langkah sesuai yang hendaklah diambil.

c)      Untuk mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran hak asasi manusia mengikut peruntukan Akta ini.

d)     Untuk melawat tempat tahanan mengikut tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tempat tahanan itu dan untuk membuat syor yang perlu.

e)      Untuk mengeluarkan pernyataan awam mengenai hak asasi manusia apabila perlu.

f)       Untuk mengaku janji apa-apa aktiviti sesuai lain yang perlu mengikut undang-undang bertulis yang berkuakuasa, jika ada, berhubung dengan aktiviti itu.

KEPENTINGAN SUHAKAM KEPADA RAKYAT


            Penubuhan SUHAKAM pada tahun 1999 telah banyak membantu rakyat tanpa mengira kaum, agama dan bangsa mereka.  SUHAKAM memainkan peranan penting sebagai medium perantaraan di antara rakyat dengan kerajaan.   Pertubuhan ini telah memudahkan prosedur pengaduan yang melibatkan kerajaan.  Rakyat Malaysia yang ditindas atau tidak mendapat hak yang sepatutnya sebagai individu di Malaysia boleh mengadu kepada SUHAKAM untuk campurtangan dan seterusnya membantu mereka meyelesaikan masalah yang dialami oleh pengadu.

Pihak SUHAKAM bersedia membantu tanpa adanya sikap pilih kasih.  Penyiasatan akan dibuat berdasarkan aduan yang diterima.  Sekiranya kes yang dilaporkan benar, pihak SUHAKAM dengan sedaya upaya akan cuba untuk membantu menyelesaikannya dengan pihak yang bertanggungjawab.  SUHAKAM juga telah menyedarkan masyarakat bahawa mereka mempunyai hak ke atas diri mereka sendiri dan selagi sesuatu perkara yang berlaku tidak melanggar hak kebebasan asasi individu mereka boleh hidup dengan aman dan damai.  Andai kata terjadi sesuatu perkara yang melanggar hak kebebasan asasi mereka,  setiap individu boleh melaporkan perkara itu kepada SUHAKAM untuk mendapatkan pengadilan yang sewajarnya.
          
Bagi memudahkan urusan pengaduan,  SUHAKAM telah membahagikan kumpulan kerja mengikut bidang tertentu iaitu Kumpulan Kerja Pendidikan dan Promosi Hak Asasi Manusia, Kumpulan kerja Pembaharuan Perundangan dan Triti Antarabangsa, Kumpulan Kerja Aduan dan Siasatan dan Kumpulan kerja Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan.


Sikap proaktif SUHAKAM telah memberi keyakinan kepada umum bahawa Suruhanjaya ini mampu membantu menyelesaikan masalah yang diadukan kerana mereka sanggup turun padang tidak kira di mana sekalipun ia berlaku.  Maka tidak hairanlah banyak kes yang diadukan dapat diselesaikan oleh SUHAKAM dan hingga kini aduan yang diterima telah bertambah.  Ini menunjukkan masyarakat telah mengiktiraf SUHAKAM dan peranannya dalam masyarakat

Khamis, 28 April 2016

tokoh-tokoh hak asasi manusia

1. Marthin Luther King
Martin Luther King lahir tanggal 15 Januari 1929 di Atlanta, Georgia. Martin termasuk seorang murid yang cerdas karenanya ia selalu mendapatkan rangking 1 di kelasnya. Ketika berumur 15 tahun ia diterima di Morehouse College. 4 tahun kemudian ia lulus, kemudian bersekolah di dua tempat lagi. Martin sangat kagum pada pemikiran Gandhi yang berasal dari India mengenai aksi tanpa kekerasan.
Pada tanggal 28 Agustus 1963, sekitar 250 ribu orang berkumpul mendengarkan pidato yang disampaikan oleh Martin Luther King. Setelah itu mereka memulai longmarch (berjalan kaki) dari Washington Monument menuju ke Lincoln Memorial dengan satu tujuan, yaitu membangkitkan kesadaran bangsa atas keadaan menyedihkan yang menimpa orang-orang kulit hitam.
Walaupun sempat beberapa kali ditangkap dan mendapat perlakuan kasar, Martin tetap menjalankan aksinya tanpa memakai kekerasan. Martin selalu diingat orang karena selama hidupnya ia selalu menentang adanya perbedaan (rasial) antara kulit hitam dan kulit putih. Hasil dari perjuangan Martin adalah munculnya Undang-undang hak asasi manusia yang ditandatangani Presiden Lyndon B Johnson tanggal 2 Juli 1964.
Pada tahun yang sama ia menerima hadiah Nobel perdamaian dan menjadi orang Amerika ke-8 yang meraih Nobel. Martin Luther King meninggal dunia akibat ditembak oleh orang tak dikenal pada tanggal 4 April 1968 ketika ia sedang berdiri di balkon hotel.

2. Malcolm X dan Gandhi
Selain Martin Luther King, tokoh Hak Asasi Manusia lainnya adalah Malcolm X yang lahir tahun 1925. Nenek moyangnya adalah budak yang didatangkan ke Amerika. Dan seorang lagi adalah Gandhi yang berasal dari India. Gandhi terkenal sebagai seorang yang selalu menentang dan ingin menghapus adanya perbedaan perlakuan. Ia juga memimpin pergerakan kemerdekaan India tanpa menggunakan kekerasan dan selalu berusaha menyatukan umat Hindu dan Islam yang sering bertikai di India.

3. Munir Said Thalib ( Munir)
Dengan nama lengkap Munir Said Thalib, (alm) Munir lahir di Malang, Jawa Timur pada 8 Desember 1965 dan meninggal pada 7 September 2004 di pesawat Garuda Jakarta-Amsterdam yang transit di Singapura. Ia meninggal karena terkonsumsi racun arsenik dalam penerbangan menuju Belanda untuk melanjutkan studi masternya di bidang hukum. Pria keturunan Arab lulusan Fakultas Hukum Universitas Brawijaya ini merupakan seorang aktivis dan pejuang HAM Indonesia. Ia dihormati oleh para aktivitis, LSM, hingga dunia internasional.
Tanggal 16 April 1996, Munir mendiriikan Komosi untuk Orang Hilang dan Korban Kekerasan (KontraS) serta menjadi Koordinator Badan Pekerja di LSM ini. Di lembaga inilah nama Munir mulai bersinar, saat dia melakukan advokasi terhadap para aktifis yang menjadi korban penculikan rejim penguasa Soeharto. Perjuangan Munir tentunya tak luput dari berbagai teror berupa ancaman kekerasan dan pembunuhan terhadap diri dan keluarganya. Usai kepengurusannya di KontraS, Munir ikut mendirikan Lembaga Pemantau Hak Asasi Manusia Indonesia, Imparsial, di mana ia menjabat sebagai Direktur Eksekutif.
Saat menjabat Koordinator KontraS namanya melambung sebagai seorang pejuang bagi orang-orang hilang yang diculik pada masa itu. Ketika itu dia membela para aktifis yang menjadi korban penculikan Tim Mawar dari Kopassus yang dipimpin oleh Prabowo Subianto (Ketum GERINDRA). Setelah Suharto jatuh, penculikan itu menjadi alasan pencopotan Danjen Kopassus (waktu itu) Prabowo Subianto dan diadilinya para anggota Tim Mawar.
Atas perjuangannya yang tak kenal lelah, dia pun memperoleh The Right Livelihood Award di Swedia (2000), sebuah penghargaan prestisius yang disebut sebagai Nobel alternatif dariYayasan The Right Livelihood Award Jacob von Uexkull, Stockholm, Swedia di bidang pemajuan HAM dan Kontrol Sipil terhadap Militer di Indonesia. Sebelumnya, Majalah Asiaweek (Oktober 1999) menobatkannya menjadi salah seorang dari 20 pemimpin politik muda Asia pada milenium baru dan Man of The Year versi majalah Ummat (1998).

4. Yap Thiam Hien.
Yap Thiam Hien (lahir di Koeta Radja, Aceh, 25 Mei 1913 – wafat di Brusel, Belgia, 25 April 1989 pada umur 75 tahun) adalah seorang pengacara Indonesia keturunan Tionghoa. Ia mengabdikan seluruh hidupnya berjuang demi menegakkan keadilan dan hak asasi manusia (HAM). Namanya diabadikan sebagai nama sebuah penghargaan yang diberikan kepada orang-orang yang berjasa besar bagi penegakan hak asasi manusia di Indonesia.

5. Abdul Hakim Garuda Nusantara
Hampir sepanjang karier dia mengabdi dalam bidang advokasi dan hak asasi manusia. Mantan Ketua Yayasan Lembaga Bantuan Hukum Indonesia (YLBHI) terpilih menjadi Ketua Komisi Nasional Hak Asasi Manusia (Komnas HAM) periode 2002-20007). Pria bernama lengkap Abdul Hakim Garuda Nusantara kelahiran Pekalongan, 12 Desember 1954, ini bertekad mewujudkan misi Komnas HAM.
Dalam pemilihan Ketua Komnas HAM pada rapat pleno khusus Komnas HAM di Jakarta, Kamis 12/9/02, dia meraih 12 suara. Ia mengalahkan pesaingnya mantan Ketua Komnas HAM Djoko Soegianto meraih enam suara, KH Salahuddin Wahid tiga suara, dan ahli hukum Prof Dr Achmad Ali dua suara. Tokoh sipil yang selama ini dikenal sebagai aktivis organisasi nonpemerintah (ornop) itu memimpin Komnas HAM selama lima tahun (2002-2007).
Sementara untuk jabatan wakil ketua, juga terpilih tokoh sipil yakni Zoemrotin K Susilo (Wakil Ketua I), dan KH Salahuddin Wahid (Wakil Ketua II). Rapat pleno khusus yang berlangsung maraton sampai pukul 19.30 juga memilih empat Ketua Sub-Komisi. MM Billah menjadi Ketua Sub-Komisi Pemantauan, Lies Soegondo sebagai Ketua Sub-Komisi Pengkajian dan Penelitian, Mansour Fakih menjadi Ketua Sub-Komisi Pendidikan dan Penyuluhan, serta Amidhan sebagai Ketua Sub-Komisi Mediasi.
Abdul Hakim adalah Ketua Komnas HAM kelima. Sebelumnya adalah Ali Said, Munawir Sjadzali, Marzuki Darusman, dan Djoko Soegianto. Bedanya, terpilihnya Abdul Hakim sebagai anggota dan Ketua Komnas HAM adalah berdasarkan pilihan DPR sesuai dengan Undang-Undang (UU) Nomor 39 Tahun 1999. Sedang empat ketua sebelumnya, berdasarkan Keputusan Presiden (Keppres) No 50/1993.

Selasa, 8 Mac 2016

Hak Asasi manusia?

Apa yang anda tahu tentang hak asasi manusia? baiklah, di sini saya akan menerangkan tentang hak asasi manusia. Hak asasi manusia adalah satu konsep yang meliputi setiap bangsa, agama, kepercayaan, budaya, adat dan negara. Hak asasi manusia adalah aspirasi setiap individu serta masyarakat yang ingin mengecapi kebahagiaan dalam hidup. Setiap manusia mempunyai hak untuk menjalani kehidupan tanpa melanngar norma dan tata nilai dalm masyarakat contohnya seperti hak bersuara dan lain-lain.

Hak asasi manusia? pendapat tokoh dari barat iaitu JOHN LOCKE menjelaskan bahawa hak asasi manusia ialah hak yang dikurniakan oleh tuhan kepada manusia dan tiada kekuatan yang mampu menghalamg manusia dari haknya. 

Hak asasi manusia secara jelasnya diwartakan dalam undang-undang antarabangsa. Ia diwujudkan untuk memenuhi piagam PBB itu sendiri iatu hak asasi manusia adalah milik semua dan tiada pengecualian. Semua manusia secara azalinya dilahirkan dengan hak asasi dan ia bukan keistimewaan untuk golongan tertentu sahaja. Sebagai lanjutan kepada 'International Bill Of Right' yang diwujudkan lebih awal,diwujudkan pula Pengisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia yang memberikan garis panduan berkenaan dengan Hak Asasi Manusia. Berkenaan isu semasa iaitu "Agenda Global", Charles Norchiu menekankan bahawa pengisytiharan sejagat mewakili sempadan persetujuan berkenaan hak asasi tanpa terikat dengan budaya dan tradisi.

Hak asasi sejagat seterusnya dikukuhkan lagi denagan dua konvenan antarabangsa iaitu "International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights, and International Covenant on Civil and Political Rights" yang mengambil berat berkenaan dengan pencabulan hak asasi manusia seperti pembunuhan etnik, diskriminasi perkauman, diskriminasi wanita, hak kanak-kanak dan golongan minoriti, toleransi beragama. Malah banyak lagi yang diwartakan tetapi yang paling popular dan menjadi garis panduan umum ialah Pengisytiharan Sejagat Hak Asasi manusia.

                                              ISU PELARIAN ROHINGNYA


JEDDAH 25 Mei - Krisis pelarian penduduk Islam Rohingya akan menjadi agenda utama pada persidangan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi mencari penyelesaian politik dan aspek kemanusiaan dalam usaha mengakhiri krisis orang hanyut di Laut Andaman dan Selat Melaka.
Pada mesyuarat Majlis Menteri-menteri Luar OIC yang dijadual berlangsung di Kuwait pada Rabu ini, pertubuhan Islam tersebut akan membincangkan tentang penubuhan satu pelan tindakan kerjasama khas untuk diluluskan sebagai penyelesaian terhadap krisis di Asia Tenggara itu.
Menurut laporan portal Khaleej Times, Setiausaha Agung OIC, Iyad Ameen Madani telah bertemu dengan beberapa menteri luar di rantau berkenaan untuk menilai kaedah tertentu bagi membantu etnik Islam Rohingya yang tertindas di Myanmar dan terpaksa hidup sebagai pelarian.
OIC dalam kenyataannya secara tegas menyatakan bahawa punca utama krisis itu adalah disebabkan situasi meruncing yang dihadapi oleh etnik Rohingya akibat penindasan dan diskriminasi yang berlaku di Myanmar.
“Situasi kehidupan yang sukar menyebabkan etnik Rohingya dan pendatang asing dari negara lain menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia.
“Bagi menyelesaikan kemelut ini, masyarakat antarabangsa perlu mengenakan tekanan terhadap kerajaan Myanmar untuk menghentikan pelanggaran hak ke atas penduduk Rohingya dan mengiktiraf mereka sebagai rakyat Myanmar yang sah, selain membenarkan kesemua pelarian terbabit pulang ke rumah masing-masing,” jelas kenyataan itu.
Selain menyelesaikan krisis kemanusiaan yang dihadapi penduduk Rohingya, OIC akan bekerjasama dengan masyarakat dunia untuk memulihkan status, hak dan maruah etnik tersebut serta mengembalikan kebebasan beragama, mendapatkan kerakyatan penuh dan peluang yang sama adil.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/oic-bincang-krisis-rohingya-1.95723#sthash.Fp5Ea76M.dpuf

Artikel ini diambil dari Utusan online, ia membincangkan tentang Persidangan pertubuhan Islam (OIC) yang ingin membantu para penduduk Rohingnya yang ditindas oleh Rakyat Myammar dan kerakyatan mereka tidak diakui. Oleh itu, OIC telah bangkit dan bersuara demi membantu penduduk islam Rohingnya agar mereka tidak ditindas dan dikrisminasi lagi oleh penduduk Myanmar



Selamat malam Rohingnya
Meski lena kau disisi mayat
Jangan menangis sahabat
Ini tuhan mengujimu

Selamat malam Rohingnya
Dunia sedang tidur lena
kami doakan untukmu
Sejahteralah selalu

Selamat malam rohingnya 
meski lena mu di sisi mayat
jangan menangis sahabat
Ini tuhan mengujimu

Selamat malam Rohingnya
Dunia sedang tidur lena
kami doakan untukmu
Sejahteralah selalu

Selamat malam Rohingnya
Esok kan ada matahari
Berbanyaklah berdoa 
Jangan kau terlepas talinya

Selamat malam rohingnya 
meski lena mu di sisi mayat
jangan menangis sahabat
Ini tuhan mengujimu

Lagu ini ditujukan kepada para penduduk Rohingnya yang sangat sengsara disana. Penduduk Rohingnya ditindas kerana perbezaan agama dan lagu ini ditujukan kepada mereka bagi menguatkan semangat mereka dalam menempuh ujian yang diberikan kepada mereka dan seterusnya berharap agar mereka sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan. Lagu ini juga ditujukan kepada mereka atau penduduk dunia agar lebih bersyukur dalam kehidupan kerana di dalam kesusahan kita, ada lagi manusia yang lebih memerlukan berbanding kita.

PENDERAAN KANAK-KANAK


IPOH - Polis menahan dua individu dipercayai terbabit dalam kes penderaan melibatkan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, lelaki berusia 39 tahun dan wanita berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira jam 1.20 petang.

Menurutnya, pihaknya bertindak atas laporan yang dibuat di pondok polis Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) oleh seorang doktor pada petang kelmarin.

“Mengikut laporan yang dibuat, kanak-kanak itu dipercayai didera oleh ibunya di rumahnya di Menglembu.

“Pemeriksaan ke atas kanak-kanak itu turut menemui kesan luka disyaki akibat pukulan rotan di seluruh bahagian badan dan kepala,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dua individu terbabit dipercayai ibu dan bapa kanak-kanak berkenaan.

Beliau berkata, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah.

“Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Chang Keong berkata, mangsa yang dilaporkan parah kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPB.

“Siasatan masih diteruskan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan,” katanya.


Seringkali, telinga ini mendengar tentang isu penderaan kanak-kanak. Hati ini terdetik, adakah manusia yang mendera ini tidak mempunyai perasaan kerana sanggup mendera seorang kanak-kanak yang masih kecil dan tidak berdosa ini?sanggup mereka memukul, sanggup mereka mendengar tangisan anak-anak kerana kesakitan dan ketakutan. manusia jenis apakah yang sanggup mendera kanak-kanak? Manusia seperti ini lebih elok dipanggil manusia berhati binatang.


ku tatap gambar wajahmu
sinar mata itu
lirik senyumanmu 
pesona yang membelai

wajahmu bercahaya
memberi bahagia
tiap yang memandang
hati jadi salju

kau terlalu istimewa
kasih dan sayangmu terpancar 
seikhlas tiada batasan terus
membara terkilan rasa jiwa
ingin ku lihat mu dewasa 
apa daya tuhan lebih menyayangimu

ku pasti kau berbahagia 
duduk disampingnya
mendengar cerita
sekadar rahsia

(ulang korus)

tak tertanggung rindu
mendengar suaramu
tawa mengusik jiwa
oh......

SECULAR HUMANISM
The philosophy or life stance of secular humanism (alternatively known by some adherents as Humanism, specifically with a capital H to distinguish it from other forms of humanism) embraces human reasonethics, and philosophical naturalism while specifically rejecting religious dogmasupernaturalismpseudoscience, and superstition as the bases of morality and decision making.[1][2][3][4]

Secular humanism posits that human beings are capable of being ethical and moral without religion or a god. It does not, however, assume that humans are either inherently evil or innately good, nor does it present humans as being superior to nature. Rather, the humanist life stance emphasizes the unique responsibility facing humanity and the ethical consequences of human decisions. Fundamental to the concept of secular humanism is the strongly held viewpoint that ideology—be it religious or political—must be thoroughly examined by each individual and not simply accepted or rejected on faith. Along with this, an essential part of secular humanism is a continually adapting search for truth, primarily through science and philosophy. Many Humanists derive their moral codes from a philosophy of utilitarianismethical naturalism, or evolutionary ethics, and some, such as Sam Harris, advocate ascience of morality.


Jenis Sekularisme

  • Agama

penganut fahaman sekular ini dianggap sebagai ATEIS kerana mereka tidak mempercayai fahaman tuhan. Mereka cuma percaya bahawa alam ini ditadbir oleh undang-undang dan manusia, Konsep tuhan ,wahyu, kitab suci semuanya ditolak sama sekali.



  • moraliti dan etika


Kehidupan mereka ini dinggap bebas dari tuhan. Mereka menganggap nilai dan moral ini hanya berasaskan kepada pengalaman dan budaya sesebuha kaum atau individu, Tujuan utama mereka hidup hanyalah untuk "ENJOY".
  • Ekonomi

Mereka mengamalkan DEMOKRASI. Ketidakstabilan dalam agihan pendapatan perlulah dihapuskan sama sekali. Pendapat mereka ini ada baik dan juga buruknya tapi ini semua haruslah diambil kira.
  • Seks antara lelaki dan perempuan
Mereka berpendapat bahawa tiada limit dan ia bukanlah sesuatu yang buruk.Mereka juga tidak melarang pengguguran, penceraian dan lain-lain.Hal ini bukanlah sesuatu yang bagus dan ia akan membawa kemudaratan.
  • Pendidikan
Mereka mementingkan pendidikan kerana melalui pendidkan mereka dapat mengetahui tentang nilai dan moral yang baik san seterusnya mereka akan dapat membuat keputusan sendiri sama ada JALAN YANG BAIK ATAU BURUK.

KESIMPULANNYA, FAHAMAN INI BUKANLAH FAHAMAN YANG BOLEH DIIKUTI KERANA IA AMAT BERCANGGAH KERANA IA TIDAK MEMBERI KESAN YANG BAIK KEPADA MANUSIA.



ANOMIE
ANOMIE merupakan perbuatan yang tidak normal yang melanggar norama dan etika kebiasaan manusia yang semakin menular dalam kalangan masyarakat. Anomie tidak lagi menjadi sesuatu yang pelik dalam kalangan masyarakat kerana kita sudah seringkali dikejutkan dengan jenayah-jenayah yang dilakukan yang pada kita tidak masuk diakal tapi ia sebenarnya perkara sebenar yang terjadi contohnya seperti kes rogol, kes pembunuhan dan lain-lain lagi,

Kejam, itulah satu kata yang boleh digambarkan apabila seorang kerani Sekolah Agama Sungai Raya di Bukit Pasir, Muar yang mempunyai anak kecil berumur 11 bulan ditemui mati dipercayai dibunuh di rumahnya di Sungai Terap, dekat sini, malam tadi.

Memetik laporan Berita Harian, mangsa yang berumur 29 tahun telah ditemui oleh sepasukan polis selepas menerima aduan jiran mangsa yang mengesyaki sesuatu selepas mangsa dikatakan tidak keluar rumah kira-kira jam 7 malam.

Pasukan yang tiba ditempat kejadian mendapati enjin kereta mangsa tidak dimatikan manakala pintu kereta di bahagian depan pemandu terbuka.

Apabila pihak polis memasuki kawasan rumah, mereka telah menemui mayat mangsa terbaring dalam keadaan separuh bogel berhadapan pintu masuk utama.

Selepas pemeriksaan dilakukan, mangsa dipercayai meninggal akibat kesan jerut dileher dan hasil siasatan awal juga mendapati barangan berharga milik mangsa termasuk dokumen pengenalan diri dan telefon bimbit juga hilang.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat dalam pesanan mesej ringkas berkata, mangsa dipercayai dirogol dan dibunuh. -




IPOH 12 Dis. - Seorang wanita warga emas yang merupakan isteri kepada seorang lelaki bergelar Datuk ditemukan mati dalam keadaan berlumuran darah dalam sebuah bilik di rumahnya di Taman Lake View, Taiping, semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 7.30 malam ketika mangsa berusia 68 tahun dan suaminya berusia 82 tahun dikunjungi seorang wanita yang merupakan saudara terdekat mereka.

Katanya, sebaik sahaja wanita berusia 78 tahun itu yang datang bersama pekerja lelakinya berusia 57 tahun masuk ke dalam rumah, dua lelaki yang tidak dikenali secara tiba-tiba turut meluru masuk.

“Kedua-dua lelaki itu datang dari arah belakang tetamu berkenaan dan mereka yang bersenjatakan parang turut memakai topeng muka dan topi keledar bertutup penuh.

“Salah seorang daripada lelaki itu kemudian mengikat kedua-dua kaki dan tangan suami mangsa menggunakan selendang yang dipakai tetamu wanita berkenaan manakala tetamu lelaki itu pula diacu parang pada lehernya,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini hari ini.

Ujar beliau, suspek kemudian membawa mangsa ke dalam salah sebuah bilik di rumah itu sebelum mereka bergegas melarikan diri beberapa minit kemudian.
Katanya, tetamu lelaki itu masuk ke dalam bilik bagi memeriksa kea­daan wanita terbabit namun mendapati mangsa meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah.

“Semasa pihak polis sampai, kedua-dua tetamu berkenaan masih berada di dalam rumah itu manakala mangsa pula ditemukan dengan kesan kecederaan ditetak di belakang lehernya.

“Siasatan awal di lokasi kejadian menemukan sebilah pisau sepanjang 15 sentimeter di luar rumah yang disyaki dibuang oleh suspek. Bagaimanapun, kita masih mencari senjata yang digunakan dalam kejadian itu,” katanya.

Menurut beliau, pemeriksaan di dalam bilik tersebut menemukan barang kemas milik mangsa di atas katil dan meja solek namun tiada barang yang diambil.
Katanya, pihaknya percaya, tindakan suspek itu yang seolah-olah melakukan rompakan dipercayai bertujuan mengaburi mata pihak polis.

“Berdasarkan temubual dengan suami mangsa dan tetamu wanita itu, kita mendapati hubungan antara pasangan suami isteri itu dan wanita tersebut sangat buruk.

“Kedua-dua tetamu itu kini direman selama tujuh hari bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Ke­seksaan. Buat masa ini, motif kejadian akan disiasat daripada dua sudut iaitu samun dan konflik keluarga,” katanya.

Sementara itu, suami mangsa yang enggan mendedahkan namanya berkata, dia kesal dengan kejadian yang menimpa isterinya dan tidak dapat menerima perbuatan kejam pelaku berkenaan.
Katanya, dia telah mengahwini mangsa sejak 36 tahun lalu namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

“Tiada apa yang mampu saya katakan sebaik sahaja melihat isteri meninggal dunia dalam keadaan yang menyedihkan. Biarlah Allah yang menghukum mereka atas perbuatan tidak berperikemanusiaan ini,” katanya.
Difahamkan, mangsa merupakan isteri kedua kepada lelaki berkenaan dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Lama, Taiping.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/wanita-warga-emas-mati-ditetak-dua-tetamu-direman-1.168420#sthash.8JjYTNb4.dpuf

Berikut merupakan berita yang berkaitan dengan Anomie iaitu tingkah laku yang tidak normal dan kejam. Seperti yang dikatakan oleh saya bahwa ia tidak lagi janggal dan sering berlaku dalam masyarakat KITA....


PIAGAM MADINAH

Piagam Madinah telah dibuat oleh Nabi Muhammad SAw pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia.
Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.
  • 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islamsesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin.
  • 24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi.
Selain Piagam Madinah, ia juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Selain itu Piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan Perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan-peraturan yang berasaskan Syariat Islambagi membentuk sebuah negara (Daulah Islamiyah) yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa atau kaum.

Langkah pertama

Dilakukan oleh Rasulullah dengan mendirikan sebuah masjid sebagai tempat orang Islam beribadat dan tempat Rasulullah menyampaikan ajaran Islam serta tempat pentadbiran Rasulullah.

Langkah kedua

Mengikat tali persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar.

Langkah ketiGA

Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah dari ancaman luar.
Berdasarkan langkah-langkah tersebut maka lahirlah satu perjanjian yang dikenali sebagai piagam Madinah. Perkara utama yang terkandung dalam Piagam Madinah adalah:
  • Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua negara untuk semua penduduk Madinah dan segala pertelingkaran hendaklah merujuk kepada baginda.
  • Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki sesama sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah.
  • Semua penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat upacara keagamaan masing-masing.
  • Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalah ekonomi dan mempertahankan Kota Madinah dari serangan oleh musuh-musuh dari luar Madinah.
  • Keselamatan orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka taat kepada perjanjian yang tercatat dalam piagam tersebut,

Tujuan Piagam Madinah

  • Menghadapi masyarakat majmuk Madinah
  • Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk.
  • Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum
  • Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan
  • Mewujudkan keamanan di Madinah
  • Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat.
  • Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin
  • Membentuk Kesatuan Politik dalam mempertahankan Madinah
  • Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi.
  • Memberi peruntukan pampasan kepada kaum Muhajirin yang kehilangan harta benda dan keluarga di Mekah.

Prinsip Piagam Madinah

  • Al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara.
  • Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara
  • Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah
  • Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara
  • Dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warganegara
  • Tanggungjawab individu dan negara pemerintah dalam menegakkan keadilan sosial.
  • Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukuman Qisas dan sebagainya telah dicatatkan
  • Kebebasan beragama
  • Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam
  • Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian.

Teks Piagam Madinah

  • Fasal 1
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Penyayang : Inilah kitab (Piagam Bertulis) daripada Nabi Muhammad, pesuruh Allah bagi orang-orang yang beriman dan orang-orang yang memeluk Islam dari Quraisy dengan penduduk Yathribdan orang-orang yang bersama mereka lalu masuk ke dalam golongan mereka dan berjuang bersama-sama mereka.
  • Fasal 2
Bahawa mereka adalah satu umat (bangsa) berbeza dari manusia-manusia lain.
  • Fasal 3
Golongan Muhajirin dari Quraisy tetaplah di atas pegangan lama mereka : mereka saling tanggung-menanggung membayar dan menerima diyat (wang tebusan) di antara sesama mereka dalam mana mereka menebus sesiapa yang tertawan dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang beriman.
  • Fasal 4
Bani Auf (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka dalam mana mereka bersama-sama tanggung-menanggung membayar serta menerima wang tebusan seperti dulu; dan setiap taifah (golongan) tetaplah menebus sesiapa yang tertawan dari kalangan mereka sendiri dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
  • Fasal 5
Bani al-Harith (dari Yathrib – Madinah) bin al-Khazraj tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dulu, dan tia-tiap puak dari (Suku Khazraj) hendaklah membayar wang tebusandarah mereka sendiri dengan adil dan berkebajikan di kalangan orang-orang yang beriman.
  • Fasal 6
Bani Saidah (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
  • Fasal 7
Bani Jusyam (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
  • Fasal 8
Banu al-Najjar (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
  • Fasal 9
Bani Amru bin Auf tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
  • Fasal 10
Bani al-Nabiet (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
  • Fasal 11
Bani Aus (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
  • Fasal 12
Bahawa orang-orang yang beriman tidaklah boleh membiarkan sebarang masalah di antara mereka sendiri bahkan mestilah sama-sama bertanggungjawab memberi sumbangan, dengan berkebajikan untuk menbayar wang tebusan darah dengan adil.
    • Fasal 12-b
Hendaklah seseorang yang beriman itu tidak membuat apa-apa perjanjian dengan orang yang di bawah kawalan seseorang yang beriman yang lain dengan tidak mendapat persetujuan terlebih dahulu.
  • Fasal 13
Bahawa orang-orang beriman lagi bertaqwa hendaklah menentang sesiapa yang membuat kesalahan, melanggar kesusilaan, melakukan kezaliman atau dosa atau perseteruan atau kerosakan di kalangan orang-orang beriman, dan mereka hendaklah bersatu bersama-sama menentang orang tersebut walaupun jika orang itu anak kepada salah seorang dari mereka.
  • Fasal 14
Tidak sayugianya seseorang mukmin itu membunuh seorang mukmin lain kerana seorang kafir, tidak sayugianya ia menolong mana-mana kafir terhadap seseorang mukmin.
  • Fasal 15
Bahawa jaminan Allah itu adalah satu dan sama; ia melindungi nasib orang yang lemah dari perbuatan mereka; dan bahawa orang-orang Mukmin hendaklah salinh menjamin sesama sendiri terhadap (gangguan) orang lain.
  • Fasal 16
Bahawa orang-orang Yahudi yang menyertai kita hendaklah mendapatkan pertolongan dan pimpinan dengan tidak menzalimi dan tidak boleh ada pakatan tidak baik terhadap mereka.
  • Fasal 17
Bahawa perdamaian orang-orang mukmin itu adalah satu dan sama, oleh itu tidak boleh dibuat perjanjian dengan mana-mana orang mukmin tanpa diturut serta oleh mukmin yang lain dalam sesuatu perang pada jalan Allah, melainkan dengan dasar persamaan dan keadilan di kalangan mereka.
  • Fasal 18
Bahawa setiap serangan kita hendaklah dikira sebagai serangan terhadap semua, oleh itu hendaklah disilihgantikan tenaga menentangnya.
  • Fasal 19
Bahawa orang mukmin hendaklah saling membela sesama mereka atas setiap darah yang tumpah pada jalan Allah.
  • Fasal 20
Bahawa orang-orang mukmin lagi bertaqwa hendaklah teguh di atas sebaik-baik petunjuk dan seteguh-teguhnya.
    • Fasal 20-b
Nahawa tidak boleh mana-mana orang musyrik melindungi harta orang-orang Quraisy dan tidak juga nyawa mereka dan tidak boleh menghalang orang mukmin (akan haknya)
  • Fasal 21
Barangsiapa membunuh dengan sewenang-wenangnya akan seorang mukmin dengan tidak ada bukti yang cukup (alasan yang membolehkan pembunuhan itu berlaku) hendaklah dihukum bunuh balas kecuali dipersetuji oleh wali yang kena bunuh menerima ganti darah. Semua orang mukmin hendaklah bersatu suara mengutuk perbuatan itu, bahkan tidak harus bagi mereka menegakkan terhadapnya.
  • Fasal 22
Bahawa tidak harus bagi mana-mana orang mukmin yang mengakui isi kandungan Piagam ini, dan percaya Allah dan Hari Kemudian, menolong mana-mana orang yang mencabul ataupun melindungi orang itu. Barangsiapa menolong orang itu maka keatasnya laknat Allah dan kemurkaanNya pada hari Kiamat kelak, dan tidak akan diterima darinya sebarang tebusan dan tidak juga sebarang taubat.
  • Fasal 23
Berbalah walau bagaimanapun kamu dalam sesuatu perkara hendaklah merujukkan perkara itu kepada Allah dan Nabi Muhammad.
  • Fasal 24
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah turut serta membelanja sama-sama dengan orang-orang mukmin selama mana mereka itu berperang
  • Fasal 25
Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu ummah bersama orang-orang mukmin, mereka bebas dengan agama mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan agama mereka (Islam), begitu juga orang-orang yang sekutu mereka dan begitu juga diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan dirinya dan keluarganya sendiri
  • Fasal 26
Yahudi Bani al-Najjar (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
  • Fasal 27
Yahudi Bani al-Harith (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
  • Fasal 28
Yahudi Bani al-Saidah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
  • Fasal 29
Yahudi Bani Jusyaim (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
  • Fasal 30
Yahudi Bani al-Aus (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
  • Fasal 31
Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan sama dengan Yahudi Bani Auf, kecuali orang-orang zalim dan orang yang berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan diri dan keluarganya sendiri.
  • Fasal 32
Bahawa suku Jafnah yang bertalian keturunan dengan Yahudi Tha’alabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu (Bani Tha’alabah)
  • Fasal 33
Bani Shutaibah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf, dan sikap yang baik hendaklah membendung segala kejahatan.
  • Fasal 34
Bahawa orang-orang yang bersekutu dengan Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu.
  • Fasal 35
Bahawa para pegawai kepada orang-orang Yahudi (diperlakukan) sama dengan orang-orang Yahudi itu sendiri.
  • Fasal 36
Tiada seorang pun yang menyertai Piagam ini boleh menarik diri keluar dari pakatan mereka melainkan dengan persetujuan dari (Nabi) Muhammad.
    • Fasal 36-b
Tidak boleh disekat dari membuat kelukaan yang dilakukan oleh mana-mana orang ke atas dirinya, barang siapa membuat kejahatan maka balasannya adalah dirinya dan keluarganya kecuali orang yang dizalimi dan bahawa Allah akan melindungi orang yang menghormati piagam ini.
  • Fasal 37
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah menbiayai negara seperti mana orang-orang mukmin juga hendaklah membiayai negara; dan hendaklah mereka sama0sama tolong-menolong menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang menganggotai Piagam ini; dan hendaklah mereka saling nasihat-menasihati, sama-sama membuat kebajikan terhadap perbuatan dosa.
    • Fasal 37-b
Mana-mana orang tidaklah boleh dianggap bersalah kerana kesalahan yang dilakukan oleh sekutunya; dan pertolongan hendaklah diberi kepada orang yang dizalimi.
  • Fasal 38
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah memikul biayaan bersama-sama orang mukmin selama mana mereka berada dalam keadaan perang
  • Fasal 39
Bahawa Kota Yathrib adalah terpelihara sempadannya tidak boleh dicerobohi oleh mana-mana pihak yang menganggotai piagam ini
  • Fasal 40
Bahawa jiran tetangga hendaklah diperlaku sebagai diri sendiri, tidak boleh dilakukan terhadapnya sebarang bahaya dan dosa.
  • Fasal 41
Tidak boleh dihampiri sebarang kehormatan (wanita) melainkan dengan izin keluarganya sendiri.
  • Fasal 42
Bahawa apa juga kemungkaran (bunuh) atau apa juga pertengkaran di antara sesama peserta piagam ini sekira-kira dikhuatiri membawa bencana maka hendaklah dirujukkan kepada hukum Allah dan kepada penyelesaian oleh Muhammad pesuruh Allah, Allah menyaksikan kebaikan isi kandungan piagam ini dan merestuinya
  • Fasal 43
Bahawa tidaklah boleh diberi bantuan perlindungan kepada Quraisy (musuh), begitu juga tidak boleh diberi perlindungan kepada orang-orang yang membantunya.
  • Fasal 44
Bahawa hendaklah bantu-membantu mempertahankan kota Yathrib daripada mana-mana pihak yang mencerobohnya.
  • Fasal 45
Apabila mereka diajak untuk berdamai atau untuk masuk campur dalam satu-satu perdamaian maka hendaklah mereka bersedia berdamai atau masuk campur ke dalam perdamaian itu; dan bila mana mereka diajak berbuat demikian maka orang-orang mukmin hendaklah merestuinya kecuali terhadap orang-orang yang memerangi agama (Islam).
  • Fasal 46
Bahawa orang-orang Yahudi Aus sendiri dan begitu juga orang-orang yang bersekutu dengan mereka hendaklah memikul kewajipan sama seperti mana pihak-pihak yang lain yang menganggotai ini demi kebaikan mereka semata-mata (perdamaian) dari anggota-anggota piagam ini. Dan mereka hendaklah berbuat kebajikan dengan tidak melakukan dosakerana barang siapa yang berbuat sesuatu maka dialah yang menanggungnya sendiri. Dan Allah menyaksi akan kebenaran isi kandungan Piagam ini dan merestuinya.
  • Fasal 47
Bahawa piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang-orang zalim dan yang bersalah; dan bahawa –mulai dari saat ini barang siapa berpergiaan dari kota Madinah atau menetap di dalamnya adalah terjamin keselamatannya kecuali orang-orang yang zalim atau bersalah. Dan bahawa Allah merestui setiap orang yang membuat kebajikan dan bertakwa dan bahawa Muhammad hendaklah diakui Pesuruh Allah.